Tidak. Semua bakal graduan akan menerima pesanan ringkas (SMS blast) daripada pihak universiti/kolej sebagai pemakluman dan jemputan ke majlis konvokesyen.


Graduan perlu melayari portal rasmi majlis konvokeysen bagi mendapatkan maklumat dan membuat pengesahan kehadiran ke majlis konvokesyen.

Maklumat terkini berkenaan Majlis Konvokesyen Pertama UPTM Tahun 2023 dan Majlis Konvokesyen KPTM ke-39 boleh didapati melalui laman sesawang rasmi majlis seperti berikut:

UPTM: https://convo.uptm.edu.my
KPTM: https://convo.kptm.edu.my

Maklumat sidang untuk setiap graduan hanya boleh diperolehi melalui Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan.

Graduan WAJIB membuat pengesahan kehadiran melalui Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan (Graduand Attendance Confirmation System) melalui portal rasmi majlis konvokesyen bermula 3 Oktober 2023.

UPTM: https://convo.uptm.edu.my

KPTM: https://convo.kptm.edu.my

Graduan yang hadir ke Majlis Konvokesyen perlu membuat pembayaran sebanyak RM350.00 sahaja.


Tarikh akhir pembayaran Yuran Majlis Konvokesyen
adalah pada 30 November 2023.

Tidak. Jumlah tempat duduk di dalam dewan adalah terhad dan setiap graduan hanya dibekalkan sekeping kad untuk dua (2) orang tetamu sahaja. Walau bagaimanapun, tetamu yang tidak dapat masuk ke dalam dewan boleh menonton secara siaran langsung (live feed) skrin besar yang disediakan di luar dewan di Ruang Legar – Aras 2.

Etika pemakaian Ibu Bapa / Tetamu ke majlis konvokesyen boleh dirujuk di bahagian Panduan Ibu Bapa / Tetamu.

 

Bagi etika pemakaian Graduan boleh dirujuk di bahagian Kod Pakaian Graduan.

Pemakaian Niqab dibenarkan namun perlu dibuka semasa sesi pengambilan skrol di atas pentas.

Bagi graduan yang memerlukan bantuan khas – berkerusi roda, cacat penglihatan, tercedera dan sebagainya, sila hubungi urus setia konvokesyen melalui emel:

UPTM : urusetia_konvo [at] uptm.edu.my  
KPTM : urusetia_konvo [at] gapps.kptm.edu.my                                 

Ya. Sekiranya tetamu memerlukan perhatian khas seperti berkerusi roda, uzur dan sebagainya, graduan boleh ke Kaunter Urus setia atau berhubung terus dengan mana-mana Petugas pada hari Konvokesyen. Tempat duduk khas akan disediakan untuk keselesaan tetamu berkenaan.

Ya, boleh hadir. Semua graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran boleh mengikuti raptai Majlis Konvokesyen di Facebook dan Youtube rasmi KPTM bagi memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi. Graduan boleh menonton video yang dipaparkan.

Semua Graduan Yang Tidak Hadir Ke Majlis Konvokesyen juga boleh mengambil skrol dan transkrip masing-masing selepas sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Kaunter Pengambilan Skrol Dan Transkrip Dewan Johor dan Kedah di Aras 2. Kaunter dibuka sehingga jam 6.00 petang.

Skrol dan Transkrip juga boleh dituntut di UPTM atau Kolej masing-masing dalam tempoh tiga (03) bulan selepas majlis konvokesyen. Kegagalan graduan menuntut Skrol dan Transkrip dalam tempoh ditetapkan akan dikenakan kompaun sebanyak RM100.00.

Bagi graduan yang tidak dapat hadir menuntut skrol & transkrip tersebut, graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil skrol dan transkrip dengan cara mengemukakan dokumen berikut: –

  1. Surat wakil/kebenaran;
  2. Salinan MyKad graduan; dan
  3. Salinan MyKad wakil; dan

Skrol dan transkrip TIDAK DIPOSKAN kepada graduan.

Pihak Universiti/Kolej tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/ kehilangan dan sebagainya ke atas skrol dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut dalam tempoh tiga (03) bulan selepas majlis konvokesyen.

PERINGATAN:

Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan universiti/ kolej masing-masing (data hutang adalah setakat tarikh semakan sebelum majlis) serta telah menjawab menjawab kaji selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).