Semua graduan hendaklah mengambil skrol dan transkrip masing-masing SELEPAS sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Dewan Kedah dan Johor. Kaunter pengambilan skrol dan transkrip dibuka sehingga jam 6.00 petang.

PERINGATAN:
Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan universiti/ kolej masing-masing (data hutang adalah setakat tarikh semakan sebelum majlis) serta telah menjawab menjawab kaji selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).