Pas Masuk Ibu Bapa/ Tetamu Ke Majlis Konvokesyen

Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah.

  1. Setiap graduan akan menerima satu pas masuk untuk dua (2) orang ibu bapa/ tetamu sahaja.

  2. Pas yang hilang tidak akan diganti.Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

  3. Graduan dan ibu bapa/ tetamu dilarang mengambil gambar semasa majlis berlangsung. 

Tempat Letak Kenderaan Graduan, Ibu Bapa dan Tetamu Graduan

  1. Tempat letak kenderaan graduan, ibu bapa dan tetamu graduan di World Trade Centre (WTC) adalah TERHAD dan digalakkan menggunakan kenderaan awam ke WTC, Kuala Lumpur.

  2. Ibu bapa disarankan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ke WTC seperti:
    a. LRT (Hentian PWTC Station)
    b. Keretapi Tanah Melayu (KTM) (Hentian Putra Station)
    c. Menggunakan perkhidmatan e-hailing (GRAB, inDriver dan lain-lain)

Pakaian Ibu bapa/ Tetamu Graduan

  1. Pakaian Tetamu Lelaki
    Pakaian rasmi/ batik/ kebangsaan, lengkap dan sopan ATAU Lounge Suit lengkap bertali leher.
    SELUAR JEANS DAN T-SHIRT TIDAK DIBENARKAN

  2. Pakaian Tetamu Perempuan
    Pakaian rasmi, pakaian pejabat atau kebangsaan yang lengkap dan sopan.
    PAKAIAN GAUN ATAU SKIRT, BLOUSE TANPA LENGAN, T-SHIRT DAN SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN

    NOTA PENTING:
    Ibu Bapa/ Tetamu graduan adalah diminta untuk mematuhi panduan berpakaian yang telah ditetapkan bagi melancarkan urusan masuk ke dewan konvokesyen.

Makanan/ Minuman Ibu bapa/ Tetamu Graduan

Pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TIDAK menyediakan jamuan makan/ minum untuk para graduan dan ibu bapa/ tetamu graduan. Makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dewan konvokesyen.