PLATINUM

Anugerah Platinum adalah anugerah tertinggi yang diberikan kepada pelajar yang telah tamat bergraduat dalam tempoh pengajian minima yang ditetapkan dan mendapat CGPA 3.75 bagi program Diploma atau Kelas Pertama bagi program Ijazah dan cemerlang dalam bidang kokurikulum.

PINGAT EMAS

Anugerah Pingat Emas adalah anugerah yang diberikan kepada pelajar berdasarkan pencapaian terbaik akademik dari senarai bergraduat sesuatu program pada sesi konvokesyen berkenaan dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang tindakan displin.

KHAS PENGERUSI

Anugerah Khas Pengerusi KPTM adalah anugerah yang diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan memperoleh CGPA 4.00 dalam tempoh pengajian minima yang ditetapkan dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang tindakan disiplin.

KHAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh pengajian minima yang ditetapkan dengan memperolehi Anugerah Dekan pada setiap sesi pengajian dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang tindakan displin.