Set Jubah

1. Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi:

     – Jubah konvokesyen berwarna hitam
     – Topi (mortar board/ beefeater)
     – Hood (Warna mengikut fakulti)
     – Selempang (Bagi Penerima Anugerah Cemerlang sahaja)

2. Ketiadaan salah satu daripada set jubah konvokesyen seperti di perkara (1) bermakna pakaian konvokesyen adalah tidak lengkap dan graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan.

3. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa.

4. Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jubah yang disewa. Oleh itu graduan diwajibkan membawa bersama jubah pada hari konvokesyen.

Lokasi Pengambilan dan Pemulangan Jubah

Bil Perkara Lokasi Aras
1. Pengambilan Jubah Dewan Tun Hussein Onn Aras 2
2. Pemulangan Jubah Dewan Kelantan Aras 2

Jadual Pengambilan dan Pemulangan Jubah

Konvokesyen UPTM

Sidang Tarikh Sidang Tarikh Ambil Jubah Masa Tarikh Pulang Jubah
1 & 2 16 Dis 2023 (Sabtu) 15 Dis 2023
(Jumaat)
8.30 Pagi – 4.00 Ptg 16 Dis 2023
(Sabtu)
3 & 4 17 Dis 2023 (Ahad) 16 Dis 2023
(Sabtu)
8.30 Pagi – 4.00 Ptg 17 Dis 2023
(Ahad)

Konvokesyen KPTM

Sidang Tarikh Sidang Tarikh Ambil Jubah Masa Tarikh Pulang Jubah
1 & 2 18 Dis 2023 (Isnin) 17 Dis 2023 8.30 Pagi – 4.00 Ptg 18 Dis 2023 (Isnin)
3 & 4 19 Dis 2023 (Selasa) 18 Dis 2023 8.30 Pagi – 4.00 Ptg 19 Dis 2023 (Selasa)
5 & 6 20 Dis 2023 (Rabu) 19 Dis 2023 8.30 Pagi – 4.00 Ptg 20 Dis 2023 (Rabu)
7 & 8 21 Dis 2023 (Khamis) 20 Dis 2023 8.30 Pagi – 4.00 Ptg 21 Dis 2023 (Khamis)
9 & 10 22 Dis 2023 (Jumaat) 21 Dis 2023 8.30 Pagi – 4.00 Ptg 22 Dis 2023 (Jumaat)

Pengambilan Jubah

  1. Pengambilan jubah adalah sehari sebelum sidang konvokesyen setiap graduan.
  2. Graduan diminta untuk mengisi dan melengkapkan borang/ resit penyewaan jubah dan menyerahkan borang/ resit tersebut pada hari yang sama. Setiap graduan adalah diwajibkan menyimpan dan menjaga dengan baik salinan borang/resit tersebut sebagai tanda bukti penyewaan jubah.
  3. Graduan dibenarkan mengambil jubah konvokesyen bagi pihak graduan yang lain dengan KETETAPAN berikut:

    3.1 Hanya mewakili seorang graduan sahaja.
    3.2 Graduan daripada sidang yang sama
    3.3 Semua bayaran dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan oleh graduan yang berkenaan.

  4. Graduan perlu mengemukakan Slip Pengesahan Kehadiran (softcopy / hardcopy) bagi mendapatkan Borang Senarai Semak Proses Pengambilan Jubah semasa hari pengambilan jubah.

Pemulangan Jubah

  1. Jubah hendaklah dikembalikan di Kaunter Jubah di Dewan Kelantan sebaik sahaja graduan selesai majlis konvokesyen.

  2. Kaunter ini akan dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga jam 4.00 petang.

  3. Semasa mengembalikan jubah tersebut para graduan adalah dikehendaki membawa dan menyerahkan salinan borang/ resit penyewaan jubah kepada petugas di kaunter.

Tip Pemakaian Jubah Konvo

  1. Jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan kemas dan tertib seperti berikut:
    – Hood terletak di atas paras bahu kedua-dua bahu
    – Topi (mortar board/ beefeater) dipakai dengan membiarkan rumbai (tassel) tergantung di hadapan sebelah kiri.
    – Pemakaian selempang adalah seperti berikut:

Graduan KPTM

Graduan UPTM