Para graduan diminta mematuhi peraturan pakaian semasa menghadiri Majlis Konvokesyen.

Pakaian Graduan Lelaki

  1. Baju Melayu berwarna Hitam lengkap bersamping tenun/ songket hitam ATAU
    Blazer Hitam lengkap berkemeja lengan panjang, seluar (Hitam) dan bertali leher berwarna Merah.

  2. Berkasut kulit hitam yang bertumit (dress shoes), dan berstoking warna gelap; dan rambut didandan rapi dan tidak panjang melebihi paras bawah telinga.

Pakaian Graduan Perempuan

  1. Graduan Muslim berbaju Kurung atau Kebaya Labuh dengan kain TANPA BELAH. WAJIB MEMAKAI TUDUNG POLOS (TIDAK BERCORAK ATAU BERBUNGA).
  2. Graduan bukan Muslim berbaju kemeja (blouse) berlengan panjang dan berseluar (Hitam) atau long dress atau skirt labuh di bawah paras lutut TANPA BELAH.
  3. Kasut jenis tertutup (pump shoes) warna hitam dan bertumit tidak melebihi satu setengah inci. Selipar atau sandal atau lain-lain bentuk yang menampakkan jari kaki adalah tidak dibenarkan.
  4. Graduan hendaklah memakai warna tudung mengikut ketetapan seperti di berikut:

PENTING

PERATURAN BERPAKAIAN HENDAKLAH DIPATUHI SEBAGAIMANA YANG TELAH DITETAPKAN. GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI KOD PAKAIAN INI ADALAH TIDAK DIBENARKAN UNTUK TURUT SERTA DALAM MAJLIS INI.