Skrol Dan Transkrip

Semua graduan hendaklah mengambil skrol dan transkrip masing-masing selepas sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Dewan Perdana PICC.

PERINGATAN:
Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan kolej masing-masing (data hutang adalah setakat tarikh semakan sebelum majlis) serta telah menjawab menjawab kaji selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Oleh itu graduan adalah dinasihatkan untuk menyelesaikan semua hutang kepada pihak kolej selewat-lewatnya satu minggu sebelum majlis berlangsung.