Panduan Ibu Bapa/ Tetamu

Pas Masuk Ibu Bapa/ Tetamu Ke Majlis Konvokesyen

Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah. Setiap graduan akan menerima satu pas masuk. Untuk pas masuk graduan dibenarkan membawa dua (2) orang ibu bapa/ tetamu sahaja. Pas yang hilang tidak akan diganti.
 
Pas masuk hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri majlis konvokesyen dan disimpan oleh ibu bapa/ tetamu graduan untuk digunakan ketika memasuki dewan. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Graduan dan ibu bapa/ tetamu juga dilarang mengambil gambar semasa majlis berlangsung. 

Tempat Letak Kenderaan Graduan, Ibu Bapa dan Tetamu Graduan

1.  Sila patuhi arahan keselamatan daripada pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas bagi melancarkan urusan parkir kenderaan graduan, ibu bapa dan tetamu graduan.

2.  Para graduan, ibu bapa dan tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di ruang parkir basement bangunan PICC. Oleh kerana ruang ini terhad dan sekiranya ruang ini telah penuh, graduan, ibu bapa dan tetamu bagi sesi sebelah petang boleh meletakkan kenderaan di sekitar kawasan PICC yang dibenarkan. Sila patuhi arahan dan panduan pegawai lalu lintas yang bertugas.

3.  Pihak penganjur majlis konvokesyen akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan (shuttle) bermula jam 11:00 pagi hingga jam 4:00 petang bagi memudahkan mereka yang meletakkan kenderaan di sekitar kawasan PICC.

Pakaian Ibu bapa/ Tetamu Graduan

1.  Pakaian Tetamu Lelaki
 
Pakaian rasmi/ batik/ kebangsaan, lengkap dan sopan.
ATAU Lounge Suit” lengkap bertali leher.

SELUAR JEANS DAN KEMEJA-T TANPA KOLAR TIDAK DIBENARKAN


2.  Pakaian Tetamu Perempuan

Pakaian rasmi, pakaian pejabat atau kebangsaan yang lengkap dan sopan.
PAKAIAN “GAUN” ATAU “SKIRT”, “BLOUSE” TANPA LENGAN, KEMEJA-T DAN SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN

NOTA PENTING:
IBU BAPA/ TETAMU GRADUAN ADALAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI PANDUAN BERPAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MELANCARKAN URUSAN MASUK KE DEWAN KONVOKESYEN

Makanan/ Minuman Ibu bapa/ Tetamu Graduan

Pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TIDAK menyediakan jamuan makan/ minum untuk para graduan dan ibu bapa/ tetamu. Makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dewan konvokesyen.

Walau bagaimanapun, pihak Putrajaya International Convention Centre (PICC) ada menyediakan kemudahan kafeteria untuk para graduan dan ibu bapa/ tetamu.