Panduan Graduan
Upacara Raptai
Tempat : Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Masa : 2.30 petang
2. Semua graduan yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen DIWAJIBKAN menghadiri raptai supaya dapat memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi.
Majlis Konvokesyen
Majlis Konvokesyen Kolej University Poly-Tech MARA KALI KE-6 akan diadakan seperti berikut:
Sidang | Tarikh | Hari | Masa |
---|---|---|---|
Sidang 1 | 5 November 2022 | Sabtu | 8.00 pagi |
Sidang 2 | 5 November 2022 | Sabtu | 2.00 petang |
Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA KALI KE-38 akan diadakan seperti berikut:
Sidang | Tarikh | Hari | Masa |
---|---|---|---|
Sidang 1 | 6 November 2022 | Ahad | 8.00 pagi |
Sidang 2 | 6 November 2022 | Ahad | 2.00 petang |
Sidang 3 | 7 November 2022 | Isnin | 8.00 pagi |
Sidang 4 | 7 November 2022 | Isnin | 2.00 petang |
Pengesahan Kehadiran Graduan
1. Setiap graduan yang telah menerima undangan WAJIB membuat pengesahan kehadiran bermula 19 September 2022 sehingga 28 Oktober 2022 melalui sistem pengesahan kehadiran secara online.
2. Pengesahan yang dibuat selepas 28 Oktober 2022 TIDAK AKAN DITERIMA.
3. Graduan diminta untuk memuatnaik gambar ke dalam laman web konvokesyen dengan merujuk kepada lampiran yang disertakan sekiranya belum berbuat demikian.
4. Kad RFID Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah dan hari raptai konvokesyen di Kaunter Serahan Kad RFID Graduan. Graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan konvokesyen tanpa kad ini.
Tertib Dalam Dewan
Graduan juga tidak dibenarkan keluar dari dewan semasa majlis berlangsung.