Tidak. Semua bakal graduan akan menerima pesanan ringkas (SMS blast) daripada pihak institusi sebagai pemakluman dan jemputan ke majlis konvokesyen.
Maklumat terkini berkenaan Majlis Konvokesyen UPTM Kali Ke-4 dan Majlis Konvokesyen KPTM ke-42 dan boleh didapati melalui laman sesawang rasmi majlis seperti berikut:
UPTM: https://convo.uptm.edu.my
KPTM: https://convo.kptm.edu.my
Graduan WAJIB membuat pengesahan kehadiran melalui Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan di https://graduan.kptm.edu.my/) bermula 7 Oktober 2026.
Tidak perlu membuat pengesahan kehadiran. Walaubagaimanapun, graduan perlu menjawab kajian SKPG melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan dengan melayari laman sesawang rasmi Portal GREaT KPT di http://great.mohe.gov.my
Graduan yang hadir ke Majlis Konvokesyen perlu membuat pembayaran sebanyak RM400.00 sahaja.
Tarikh akhir pembayaran Yuran Majlis Konvokesyen adalah pada 30 November 2026.
Tidak Perlu.
Tidak. Jumlah tempat duduk di dalam dewan adalah terhad dan setiap graduan hanya dibekalkan sekeping kad untuk dua (2) orang tetamu sahaja. Walau bagaimanapun, tetamu yang tidak dapat masuk ke dalam dewan boleh menonton secara siaran langsung (live feed) skrin besar yang disediakan di Ruang Legar – Aras 2.
Etika pemakaian Ibu Bapa / Tetamu ke majlis konvokesyen boleh dirujuk di bahagian Panduan Ibu Bapa / Tetamu.
Bagi etika pemakaian Graduan boleh dirujuk di bahagian Kod Pakaian Graduan.
Pemakaian Niqab dibenarkan namun perlu dibuka semasa sesi pengambilan skrol di atas pentas.
Bagi graduan yang memerlukan bantuan khas – berkerusi roda, cacat penglihatan, tercedera dan sebagainya, sila hubungi urus setia konvokesyen melalui emel:
UPTM : urusetia_konvo [at] uptm.edu.my
KPTM : urusetia_konvo [at] kptm.edu.my
Ya. Sekiranya tetamu memerlukan perhatian khas seperti berkerusi roda, uzur dan sebagainya, graduan boleh ke Kaunter Urus setia (Aras 2, 3 & 4) atau berhubung terus dengan mana-mana Petugas pada hari Konvokesyen. Tempat duduk khas akan disediakan untuk keselesaan tetamu berkenaan.
Ya, boleh hadir. Semua graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran boleh mengikuti raptai Majlis Konvokesyen di Facebook dan YouTube rasmi UPTM & KPTM bagi memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi. Graduan boleh menonton video yang ditayangkan.
Semua graduan yang tidak hadir ke majlis konvokesyen juga boleh mengambil skrol dan transkrip masing-masing selepas sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Kaunter Pengambilan Skrol Dan Transkrip Dewan Tun Razak di Aras 3. Kaunter dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga jam 7.00 malam sepanjang majlis berlangsung.
Skrol dan Transkrip juga boleh dituntut di UPTM atau Kolej masing-masing dalam tempoh tiga (03) bulan selepas majlis konvokesyen. Kegagalan graduan menuntut Skrol dan Transkrip dalam tempoh ditetapkan akan dikenakan kompaun sebanyak RM100.00.
Bagi graduan yang tidak dapat hadir menuntut skrol & transkrip tersebut, graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil skrol dan transkrip dengan cara mengemukakan dokumen berikut: –
Surat wakil/kebenaran;
Salinan MyKad graduan; dan
Salinan MyKad wakil; dan
Skrol dan transkrip TIDAK DIPOSKAN kepada graduan.
Pihak Universiti/Kolej tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/ kehilangan dan sebagainya ke atas skrol dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut dalam tempoh tiga (03) bulan selepas majlis konvokesyen.
PERINGATAN:
- Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/ kehilangan dan sebagainya ke atas skrol dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut dalam tempoh tiga (03) bulan selepas majlis konvokesyen.
- Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan universiti serta telah menjawab menjawab kaji selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.