Para graduan diminta mematuhi peraturan pakaian semasa menghadiri Majlis Konvokesyen.
PAKAIAN GRADUAN LELAKI
-
Baju Melayu berwarna Hitam lengkap bersamping tenun/ songket hitam ATAU
Blazer Hitam lengkap berkemeja lengan panjang, seluar (Hitam) dan bertali leher berwarna Merah.
-
Berkasut kulit hitam yang bertumit (dress shoes), dan berstoking warna gelap; dan rambut didandan rapi dan tidak panjang melebihi paras bawah telinga.

PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN
-
Graduan Muslim berbaju Kurung atau Kebaya Labuh dengan kain TANPA BELAH. WAJIB MEMAKAI TUDUNG POLOS (TIDAK BERCORAK ATAU BERBUNGA).
-
Graduan bukan Muslim berbaju kemeja (blouse) berlengan panjang dan berseluar (Hitam) atau long dress atau skirt labuh di bawah paras lutut TANPA BELAH.
-
Kasut jenis tertutup (pump shoes) warna hitam dan bertumit tidak melebihi satu setengah inci. Selipar atau sandal atau lain-lain bentuk yang menampakkan jari kaki adalah tidak dibenarkan.
-
Graduan hendaklah memakai warna tudung mengikut ketetapan seperti di berikut:

PENTING
PERATURAN BERPAKAIAN HENDAKLAH DIPATUHI SEBAGAIMANA YANG TELAH DITETAPKAN. GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI KOD PAKAIAN INI ADALAH TIDAK DIBENARKAN UNTUK TURUT SERTA DALAM MAJLIS INI.
