Rekabentuk cokmar ini diilhamkan dari rekabentuk Gasing yang merupakan salah satu permainan Melayu tradisional. Gasing memberi perlambangan kepada kestabilan yang terhasil dari ketepatan pembuatannya oleh tukang mahir, sepertimana juga KPTM membina modal insan yang kukuh hasil dari ketinggian profesionalisma warga kerjanya.