Set Jubah
1. Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi:
– Jubah konvokesyen berwarna hitam
– Topi (mortar board/ beefeater)
– Hood (Warna mengikut fakulti)
– Selempang (Bagi Penerima Anugerah Cemerlang sahaja)
2. Set jubah konvokesyen yang tidak lengkap seperti di perkara (1) di atas graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan.
3. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa.
4. Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jubah yang disewa. Oleh itu graduan diwajibkan membawa bersama jubah pada hari konvokesyen.
5. Graduan TIDAK DIBENARKAN memakai atau menambah sebarang aksesori perhiasan pada set jubah.
Lokasi Pengambilan dan Pemulangan Jubah
Lokasi | Aras |
---|---|
Dewan Tun Razak 3 | Aras 3 |
Jadual Pengambilan dan Pemulangan Jubah
Konvokesyen UPTM
Sidang | Tarikh Sidang | Tarikh & Masa Ambil Jubah | Tarikh & Masa Pulang Jubah |
---|---|---|---|
1 - 3 | 18 & 19 Dis 2025 (Khamis & Jumaat) |
16 - 18 Dis 2025 (Selasa - Khamis) 8.30 Pagi – 5.00 Ptg |
18 - 23 Dis 2025 (Khamis - Selasa) 8.30 Pagi – 7.00 Ptg |
Konvokesyen KPTM
Sidang | Tarikh Sidang | Tarikh & Masa Ambil Jubah | Tarikh & Masa Pulang Jubah |
---|---|---|---|
1 - 8 | 20 - 23 Dis 2025 (Sabtu - Selasa) |
16 - 22 Dis 2025 (Selasa - Isnin) 8.30 Pagi – 5.00 Ptg |
20 - 23 Dis 2025 (Khamis- Ahad) 8.30 Pagi – 7.00 Ptg |
Pengambilan Jubah
-
- Graduan dikehendaki mengambil jubah konvokesyen di Kaunter Pengambilan Jubah yang bertempat di Dewan Tun Razak 3, Aras 3.
- Pengambilan jubah hendaklah dilakukan selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum sidang konvokesyen masing-masing. Pengambilan jubah pada hari sidang TIDAK AKAN DIBENARKAN.
- Kaunter pengambilan akan beroperasi setiap hari dari 17 hingga 22 Disember 2025, bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
- Graduan dibenarkan mengambil jubah konvokesyen bagi pihak graduan yang lain dengan KETETAPAN berikut:
- Hanya mewakili seorang graduan sahaja.
- Graduan daripada sidang yang sama.
- Semua bayaran dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan oleh graduan yang berkenaan.
- Graduan perlu mengemukakan Slip Pengesahan Kehadiran (softcopy / hardcopy) bagi mendapatkan borang Senarai Semak Proses Pengambilan Jubah dan Kad RFID semasa hari pengambilan jubah.
- Graduan dikehendaki mengambil jubah konvokesyen di Kaunter Pengambilan Jubah yang bertempat di Dewan Tun Razak 3, Aras 3.

Pemulangan Jubah
- Graduan wajib memulangkan jubah konvokesyen di Kaunter Pemulangan Jubah di Dewan Tun Razak 3, Aras 3.
- Kaunter pemulangan akan beroperasi setiap hari dari 18 hingga 23 Disember 2025, bermula jam 8.30 pagi hingga 7.00 petang.
- Graduan hendaklah memastikan jubah yang dipulangkan berada dalam keadaan baik, bersih dan lengkap.
Tip Pemakaian Jubah Konvo
- Jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan kemas dan tertib seperti berikut:
– Hood terletak di atas paras bahu kedua-dua bahu
– Topi (mortar board/ beefeater) dipakai dengan membiarkan rumbai (tassel) tergantung di hadapan sebelah kiri.
– Pemakaian selempang adalah seperti berikut:
Graduan KPTM


Graduan UPTM

