PAS MASUK IBU BAPA/ TETAMU KE MAJLIS KONVOKESYEN
Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah.
-
Setiap graduan akan menerima satu pas masuk untuk dua (2) orang ibu bapa/ tetamu sahaja.
-
Pas yang hilang tidak akan diganti.
-
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
TEMPAT LETAK KENDERAAN GRADUAN, IBU BAPA DAN TETAMU GRADUAN
-
Tempat letak kenderaan graduan, ibu bapa dan tetamu graduan di World Trade Centre (WTC) adalah TERHAD dan digalakkan menggunakan kenderaan awam ke WTC, Kuala Lumpur.
-
Ibu bapa disarankan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ke WTC seperti:
a. LRT (Hentian PWTC Station)
b. Keretapi Tanah Melayu (KTM) (Hentian Putra Station)
c. Menggunakan perkhidmatan e-hailing (GRAB, inDriver dan lain-lain)
PAKAIAN IBU BAPA/ TETAMU GRADUAN
-
Pakaian Tetamu Lelaki
Pakaian rasmi/ batik/ kebangsaan, lengkap dan sopan ATAU Lounge Suit lengkap bertali leher.
SELUAR JEANS DAN T-SHIRT TIDAK DIBENARKAN
-
Pakaian Tetamu Perempuan
Pakaian rasmi, pakaian pejabat atau kebangsaan yang lengkap dan sopan.
PAKAIAN GAUN ATAU SKIRT, BLOUSE TANPA LENGAN, T-SHIRT DAN SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN
NOTA PENTING:
Ibu Bapa/ Tetamu graduan adalah diminta untuk mematuhi panduan berpakaian yang telah ditetapkan bagi melancarkan urusan masuk ke dewan konvokesyen.
MAKANAN/ MINUMAN IBU BAPA/ TETAMU GRADUAN
Pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TIDAK menyediakan jamuan makan/ minum untuk para graduan dan ibu bapa/ tetamu graduan. Makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dewan konvokesyen.