RAPTAI 

1. Upacara Raptai untuk majlis ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh
: 16 Disember 2026 (Rabu)
Tempat
: Dewan Merdeka, World Trade Centre, Kuala Lumpur (WTCKL)
Masa
: 2.30 petang  

2. Semua graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran boleh mengikuti raptai majlis konvokesyen di Facebook (FB) dan Youtube rasmi UPTM & KPTM bagi memahami perjalanan atur cara pada hari majlis rasmi. Graduan boleh menonton video yang dipaparkan.
3. Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian dengan majlis. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek.

MAJLIS KONVOKESYEN

Majlis konvokesyen akan diadakan seperti berikut:

INSTITUSI
SIDANG
TARIKH
HARI
MASA
UPTM
Sidang 1
17-12-2026
Khamis
8.00 pagi
 
Sidang 2
   
2.00 petang
 
Sidang 3
18-12-2026
Jumaat
8.00 pagi
         
KPTM
Sidang 1
19-12-2026
Sabtu
8.00 pagi
 
Sidang 2
   
2.00 petang
 
Sidang 3
20-12-2026
Ahad
8.00 pagi
 
Sidang 4
   
2.00 petang
 
Sidang 5
21-12-2026
Isnin
8.00 pagi
 
Sidang 6
   
2.00 petang
 
Sidang 7
22-12-2026
Selasa
8.00 pagi
 
Sidang 8
   
2.00 petang
 
Sidang 9
23-12-2026
Rabu
8.00 pagi
 
Sidang 10
   
2.00 petang


PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN

Syarat Pengesahan: Hanya graduan yang telah membuat bayaran penuh yuran dibenarkan untuk membuat pengesahan.

1. Setiap graduan yang telah menerima undangan WAJIB membuat pengesahan kehadiran bermula   07 Oktober 2026 sehingga 30 November 2026 melalui Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan secara online dengan melayari laman web konvokesyen.

2. Graduan diingatkan supaya melengkapkan kajian di Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) Malaysia dan mendapatkan Slip SKPG sebelum membuat pengesahan kehadiran.
3. Graduan perlu memuatnaik gambar mengikut kriteria yang ditetapkan dan slip SKPG ke dalam Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan (https://graduan.kptm.edu.my/). 
4.Graduan perlu membuat pembayaran Yuran Konvokesyen sebanyak RM400.00.
4. Kad RFID Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah di Kaunter Serahan Kad RFID Graduan. Graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan konvokesyen tanpa kad ini.
5. Kehilangan kad RFID akan dikenakan bayaran penggantian RM10.