Cokmar Kolej Poly-Tech MARA

Image
Image

Rekabentuk

Rekabentuk cokmar ini diilhamkan dari rekabentuk Gasing yang merupakan salah satu permainan Melayu tradisional. Gasing memberi perlambangan kepada kestabilan yang terhasil dari ketepatan pembuatannya oleh tukang mahir, sepertimana juga KPTM membina modal insan yang kukuh hasil dari ketinggian profesionalisma warga kerjanya.
Image

Kudup Bunga Raya

Kudup Bunga Raya yang hendak berkembang melambangkan anak bangsa yang bakal mencorakkan negara dan menjadi agenda utama pihak kolej membentuk masa depan mereka.

Image

Permata Delima

Permata Delima melambangkan kepimpinan, semangat juang yang tinggi serta kestabilan.

Image

3 Ruas Pada Batang Kayu Cokmar

3 ruas pada batang kayu cokmar melambangkan budaya kerja kolej yang PROGRESIF, PROAKTIF DAN PROFESIONAL.

Image

Buah Gelugor

Buah Gelugor yang ditempatkan di hujung Cokmar melambangkan keperitan dan kejayaan kolej dalam usaha membentuk generasi berwawasan yang bakal meneruskan kejayaan negara.