- Bagi menjayakan majlis ini, pihak penganjur majlis konvokesyen telah menetapkan kadar bayaran sebanyak RM350.00 sebagai yuran yang perlu dijelaskan sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen.
- Bayaran Yuran Majlis Konvokesyen perlu dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web konvokesyen dan memilih pautan Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan.
- Sebarang persoalan berkaitan proses bayaran, sila email kepada finance_konvo@gapps.kptm.edu.my dengan SEGERA. Nyatakan nama, no kad pengenalan dan nombor telefon graduan di dalam email tersebut.
(PENTING: Graduan perlu mematuhi tatacara bayaran dan menjelaskan yuran majlis konvokesyen lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah kelewatan membuat pengesahan kehadiran)
- Hanya graduan yang telah menjelaskan yuran sepenuhnya (Yuran Pengajian dan lain-lain bayaran serta Yuran Majlis Konvokesyen) akan dibenarkan membuat pengesahan kehadiran dan menghadiri majlis konvokesyen ini.
Tarikh akhir pembayaran yuran konvokesyen adalah pada 28 Oktober 2022.
- Sila buat semakan tentang status hutang melalui Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan.
- Graduan yang mempunyai masalah pembayaran FPX boleh rujuk pautan di bawah untuk memastikan bayaran telah berjaya atau tidak.