Jubah Konvokesyen

Set Jubah

1.  Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi:
  • Jubah konvokesyen berwarna hitam
  • Topi (mortar board/ beefeater)
  • Hood (Warna mengikut fakulti)
  • Selempang (Bagi Penerima Anugerah Cemerlang sahaja)
  • Pelitup muka (Face Mask)

2. Ketiadaan salah satu daripada set jubah konvokesyen seperti di perkara (1) bermakna pakaian konvokesyen adalah tidak lengkap dan graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan.

3. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa.

4. Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jubah yang disewa. Oleh itu graduan dinasihatkan supaya membawa bersama jubah pada hari konvokesyen.

Pengambilan Jubah

1.  Pengambilan jubah konvokesyen akan dijalankan selama 3 hari iaitu :

TARIKH
MASA
TEMPAT
1 & 2 November 2022
(Selasa & Rabu)
9.00 pagi - 4.00 petang
KUPTM KL
4 November 2022
(Jumaat)
9.00 pagi - 6.00 petang
Dewan Perdana, PICC
2.  Tiada sesi pengambilan jubah dijalankan selepas tarikh/ masa seperti di atas.

3.  Graduan diminta untuk mengisi dan melengkapkan borang/ resit penyewaan jubah dan menyerahkan borang/ resit tersebut pada hari yang sama. Setiap graduan adalah dinasihatkan supaya menyimpan dan menjaga dengan baik salinan borang/resit tersebut sebagai tanda bukti penyewaan jubah.

4.  Graduan adalah dibenarkan mengambil jubah konvokesyen bagi pihak graduan yang lain tetapi bilangannya dihadkan tidak melebihi seorang graduan sahaja dengan syarat semua bayaran dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan oleh graduan yang berkenaan.

5.  Graduan juga diingatkan supaya mengisi Borang Semakan Proses Pengambilan Jubah Konvokesyen yang disertakan dan diserahkan semasa hari pengambilan jubah

Pemulangan Jubah

1.    Jubah hendaklah dikembalikan di Kaunter Jubah di Dewan Perdana PICC sebaik sahaja graduan selesai upacara konvokesyen.

2.    Kaunter ini akan dibuka mulai jam 1.00 petang hingga jam 6.00 petang.

3.    Semasa mengembalikan jubah tersebut para graduan adalah dikehendaki membawa dan menyerahkan salinan borang/ resit penyewaan jubah kepada petugas di kaunter.

Tip Pemakaian Jubah Konvo

Jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan kemas dan tertib seperti berikut:
  • Hood terletak di atas paras bahu kedua-dua bahu
  • Topi (mortar board/ beefeater) dipakai dengan membiarkan rumbai (tassel) tergantung di hadapan sebelah kiri.
  • Pemakaian selempang adalah seperti berikut:

GRADUAN KPTM

Image
Image

GRADUAN KUPTM

Image
Image