Demo

Tracer Study

1 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TRACER STUDY)

Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) merupakan kaji selidik kebolehpasaran graduan yang dijalankan oleh Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Objektif utama kaji selidik ini dilaksanakan adalah untuk meninjau kadar kebolehpasaran graduan serta bertujuan mengumpul data dan menyediakan maklumat berasaskan fakta mengenai pelbagai aspek berkaitan pekerjaan graduan baru dan pengalaman mereka semasa di IPT.

Di samping itu, kajian ini mencakupi aspek lain yang berkaitan seperti meninjau cara graduan mendapatkan pekerjaan, kekerapan bertukar kerja, tahap kepuasan terhadap pekerjaan sekarang dan maklumat berkaitan pengajian lanjutan termasuk menjadi usahawan.

Graduan DIWAJIBKAN menjawab dua (2) tahap Kaji Selidik Tracer Study iaitu;

1.1 Tracer Study KPTM / KUPTM
Semua graduan WAJIB mengisi serta menjawab kesemua soalan kajian pengesanan ini secara online dengan graduan melayari laman web berikut :

http://graduan.kptm.edu.my/
Seterusnya, sila ikuti langkah berikut ;

panduan tracer study kptm

alertPeringatan Penting;
1. Teliti semua arahan yang diberikan sebelum menjawab soalan yang disediakan.
2. Saudara/i adalah DIGALAKKAN memuat naik dokumen sokongan mengikut status pekerjaan masing-masing tetapi TIDAK DIWAJIBKAN. Contoh dokumen sokongan adalah seperti berikut ;

 Status     Dokumen Sokongan
 Bekerja (Makan Gaji)    Surat Tawaran Bekerja/ Kad ID Kakitangan
 Sambung Belajar    Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian
 Usahawan (Bekerja Sendiri/Bekerja dengan Keluarga /Peniaga Online)    Sijil SSM/ Lesen Perniagaan/ Gambar Premis Perniagaan/ Maklumat Perniagaan Online (screenshot produk yang dijual di Facebook, Instagram dan sebagainya)

3. Setelah selesai, pastikan saudara/i mencetak slip tersebut dengan menekan butang cetak.
4. Serahkan salinan slip berkenaan semasa sesi pengambilan jubah nanti.

1.2 Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 

Tarikh mengakses portal Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibuka secara berperingkat mulai 5 Ogos 2019. Saudara/i dinasihatkan mengakses portal ini dari semasa ke semasa sehingga Majlis Konvokesyen.

1.2.2.1 Sila Ikuti langkah berikut;

1. Layari laman sesawang berikut; graduan.moe.gov.my/v/. Paparan berikut akan muncul. Seterusnya, sila klik butang log masuk graduan untuk akses masuk.

panduan tracer study kpt

 

2.   Seterusnya, akan muncul paparan berikut. Sila masukkan data yang dikehendaki iaitu;

panduan tracer study kpt 1

Perhatian : Graduan Program Usahasama dengan UiTM Sahaja
Sekiranya saudara/i masih gagal log in, saudara/i dinasihatkan log in semula dengan memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta di ruangan institusi, seterusnya pilih Kolej Poly-Tech MARA di ruangan nama institusi pengajian sepertimana langkah-langkah di atas.

3. Pastikan saudara/i menjawab semua soalan yang disediakan. Setelah selesai, sila cetak slip tersebut.
4. Serahkan salinan slip ini semasa sesi pengambilan jubah nanti.

2 SERAHAN SLIP KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

2.1 Bagi graduan yang MENGHADIRI konvokesyen, anda diberikan pilihan untuk mengambil jubah seperti butiran berikut :

Perkara Tarikh Tempat
Sesi 1                                1 - 2 Oktober 2019                   
KUPTM Kuala Lumpur
Sesi 2 4 Oktober 2019 PICC, Putrajaya

Semasa sesi pengambilan jubah tersebut, pastikan anda menyerahkan kedua-dua salinan slip berikut iaitu:

(i) Slip kajian pengesanan graduan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) / Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), dan
(ii) Slip kajian pengesanan graduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kegagalan graduan mengemukakan slip ini menyebabkan anda tidak dibenarkan mengambil jubah serta tidak dibenarkan menyertai Konvokesyen.

2.2 Graduan yang TIDAK MENGHADIRI KONVOKESYEN tidak perlu membuat pengesahan kehadiran. Walaubagaimanapun, saudara/i WAJIB menjawab kaji selidik berikut;

(i) Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat  graduan.moe.gov.my/v/ mulai 5 Ogos 2019 secara berperingkat DAN
(ii) Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) KPTM/KUPTM di alamat graduan.kptm.edu.my mulai 1 Ogos 2019. Pastikan saudara/i telah MENJELASKAN SEPENUHNYA YURAN PENGAJIAN terlebih dahulu.

tickSetelah selesai menjawab kesemua soalan, saudara/i dikehendaki menghantar kedua-dua slip berkenaan ke emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau faks ke 03-92837173 untuk MENGELAKKAN SKROL DAN TRANSKRIP SAUDARA/I DITAHAN.
tickJika terdapat sebarang pertanyaan/kemusykilan, sila hubungi kakitangan berikut :

Bil Nama Kakitangan No.Telefon Emel
1.          En Alias bin Muda          
03-9179 5666             This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2. En. Mohd Fithri bin Omar
03-9179 5670