Demo

Pengesahan Kehadiran Graduan

  1. Setiap graduan yang telah menerima undangan WAJIB membuat pengesahan kehadiran bermula 1 Ogos 2019 sehingga 19 September 2019 melalui pengesahan secara online dengan melayari laman web melalui alamat berikut : -

    http ://graduan.kptm.edu.my/

  2. Bayaran denda lewat (RM 50) akan dikenakan sekiranya membuat pengesahan SELEPAS 19 September 2019. Pengesahan yang dibuat selepas 3 Oktober 2019 TIDAK AKAN DITERIMA.
  3. Graduan diminta untuk memuatnaik gambar ke dalam laman web konvokesyen dengan merujuk kepada lampiran yang disertakan sekiranya belum berbuat demikian.
  4. Kad Nama Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah dan hari raptai konvokesyen di Kaunter Semakan Baki & Serahan Kad Graduan.
    Tanpa kad nama ini graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan konvokesyen.

panduan pengesahan kehadiran

 

TARIKH PENTING UNTUK GRADUAN BERKAITAN SISTEM PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN


Tarikh Penting

Aktiviti
1 Ogos 2019
(khamis)
Sistem Pengesahan Kehadiran akan diaktifkan dan bakal graduan perlu membuat pengesahan kehadiran konvokesyen.
19 Sept 2019
(khamis)
Sistem pengesahan kehadiran akan ditutup sementara.
(Dari pukul 5 petang 19 Sept 2019 sehingga 9.00 pagi 20 Sept 2019)
20 Sept 2019
(jumaat)
Sistem Pengesahan Kehadiran akan dibuka semula.
Bakal graduan yang lambat membuat pengesahan akan dikenakan
Denda lewat RM50 mulai tarikh ini.
3 Okt 2018
(khamis)
(sehari sebelum raptai)
Sistem Pengesahan Kehadiran akan diTUTUP sepenuhnya.
(Mulai pukul 5 petang)
alert 
Nota : 
SLIP KEHADIRAN perlu dicetak SEBELUM 3HB OKTOBER 2019 dan hendaklah dibawa bersama dengan SLIP KAJIAN PENGESANAN GRADUAN KPM ketika hadir untuk pengambilan jubah.