Demo

Skrol dan Transkrip

Semua graduan hendaklah mengambil skrol dan transkrip masing-masing selepas sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Dewan Perdana PICC.

alert PERINGATAN :
Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan kolej masing-masing (data hutang adalah setakat tarikh semakan sebelum majlis) serta telah menjawab kaji selidik Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) KPTM/KUPTM dan KPT. Oleh itu graduan adalah dinasihatkan untuk menyelesaikan semua hutang kepada pihak kolej selewat-lewatnya satu minggu sebelum majlis berlangsung.

SEMAKAN SKROL MENGGUNAKAN APLIKASI CERTIFAI

* Aplikasi Certifai hanya boleh digunakan apabila graduan telah memperolehi skrol akademik.

Langkah 1:
1. Layari laman sesawang berikut: certifai.kuptm.edu.my
2. Paparan halaman utama CertifAI akan muncul seperti dalam Gambarajah 1.
3. Seterusnya klik pada “SELECT CERTIFICATE”.
4. Graduan boleh menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar sijil atau memuat naik gambar sijil dari memori telefon atau komputer.

sijil 1
Gambarajah 1: Paparan Halaman Utama CertifAI

Langkah 2 :

sijil 2
Gambarajah 2: Sijil yang Telah Berjaya Dimuat Naik

5. Seterusnya graduan akan dapat melihat gambar sijil yang telah dimuat naik seperti dalam Gambarajah 2.
6. Gerakkan alat pangkas atau ‘crop tool’ supaya ia berada di atas nama graduan dan tekan butang ‘Submit’.
7. Jika sijil tersebut sah, maka maklumat graduan akan dipaparkan seperti dalam Gambarajah 3.
*Penafian: Jika tiada rekod dijumpai, ini mungkin disebabkan AI tidak dapat mengenalpasti sijil anda. Sila cuba sekali lagi dan jika masih tiada rekod, anda mungkin bukan graduan dari KUPTM/KPTM.

sijil 3 sijil 4

Gambarajah 3: Contoh Paparan Maklumat Graduan

Langkah 3:
8. Sila bandingkan maklumat yang tertulis di atas sijil anda dengan maklumat yang dipaparkan pada skrin.