Demo

Panduan Ibu Bapa/Tetamu

Pas Masuk Tetamu Ke Majlis Konvokesyen

1.     Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah. Setiap graduan akan menerima satu pas masuk.  Untuk pas masuk pelajar dibenarkan membawa dua (2) orang tetamu sahaja. Pas yang hilang tidak akan diganti. Pas masuk hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri majlis konvokesyen dan disimpan oleh ibu bapa graduan untuk digunakan ketika memasuki dewan. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Graduan dan tetamu juga dilarang mengambil gambar semasa majlis berlangsung.  

Tempat Letak Kenderaan Graduan & Ibu bapa/Tetamu Graduan

  1. Sila patuhi arahan keselamatan daripada pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas bagi melicinkan urusan letak kereta graduan/tetamu graduan.
  2. Para graduan, ibu bapa dan tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di ruang parkir basement bangunan PICC. Oleh kerana ruang ini terhad dan sekiranya ruang ini telah penuh, graduan, ibu bapa dan tetamu bagi sesi sebelah petang dibenarkan meletakkan kenderaan di sekitar kawasan PICC. Sila patuhi arahan dan panduan pegawai lalulintas yang bertugas.
  3. Kenderaan graduan, ibu bapa dan tetamu sekiranya dibenarkan untuk melalui kawasan Mezzanine, adalah untuk menurunkan atau mengambil penumpang sahaja.
  4. Pihak KPTM akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan (shuttle) bermula jam 11:00 pagi hingga jam 4:00 petang bagi memudahkan mereka yang meletakkan kenderaan di sekitar kawasan PICC.
  5. Pihak KPTM memohon maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi

Pakaian Ibu bapa/Tetamu Graduan

1.     Pakaian Tetamu Lelaki
        Pakaian rasmi/batik/kebangsaan, lengkap dan sopan.
        ATAU
        Lounge Suit lengkap bertali leher.

         SELUAR JEANS DAN KEMEJA-T TANPA KOLAR TIDAK DIBENARKAN

2.     Pakaian Tetamu Perempuan
        Pakaian rasmi, pakaian pejabat atau kebangsaan yang lengkap dan sopan. 

        PAKAIAN GAUN ATAU SKIRT, BLOUSEĀ TANPA LENGAN, KEMEJA-T DAN SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN

alert

NOTA PENTING:

IBU BAPA/TETAMU GRADUAN ADALAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI PANDUAN BERPAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MELANCARKAN URUSAN MASUK KE DEWAN KONVOKESYEN

Makanan/minuman Ibu bapa/Tetamu Graduan

Pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TIDAK menyediakan jamuan makan/minum untuk para graduan dan ibu bapa/tetamu.
Walau bagaimanapun, pihak Putrajaya International Convention Centre (PICC) ada menyediakan kemudahan kafeteria/kantin untuk para graduan dan ibu bapa/tetamu.