Demo

Jubah Konvokesyen

Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi :

  • Jubah konvokesyen berwarna hitam
  • Topi (Mortar Board) bagi Graduan peringkat Ijazah, Profesional (kecuali CAT) dan Master sahaja 
  • Hood (Warna mengikut fakulti)
  • Selempang (Bagi Penerima Anugerah Cemerlang Sahaja)

Pengambilan jubah konvokesyen akan dijalankan selama 3 hari iaitu :

  1.  16 & 17 Oktober 2018 [Selasa & Rabu] – 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Pekarangan KUPTM Kuala Lumpur
  2.  19 Oktober 2018 [Jumaat] – 9.00 pagi hingga 6.00 petang di PICC.
  3.  Tiada sesi pengambilan SELEPAS tarikh masa seperti di atas.
  4.  Kad gambar akan diserahkan semasa pengambilan jubah. Kad tersebut hendaklah diisi dengan lengkap dan dibawa bersama semasa perarakan naik ke pentas bagi penganugerahan ijazah/diploma/sijil. Kad hendaklah diserahkan kepada jurugambar yang bertugas. Kegagalan membawa kad gambar boleh mengakibatkan kegagalan penghantaran gambar tersebut.

tickSlip bank-in bayaran sebanyak RM280.00 hendaklah dibawa semasa hari pengambilan jubah dan juga semasa raptai.
tickSemua bakal graduan juga diminta untuk mengisi dan melengkapkan satu (1) borang/resit penyewaan jubah dan menyerahkan borang/resit tersebut pada hari yang sama. Setiap graduan adalah dinasihatkan supaya menyimpan dan menjaga dengan baik salinan borang/resit tersebut sebagai tanda bukti penyewaan jubah.
tickJubah hendaklah dikembalikan di Kaunter Jubah iaitu di PICC, sebaik sahaja graduan selesai upacara konvokesyen. Kaunter ini akan dibuka mulai jam 1.00 petang hingga jam 6.00 petang. Semasa mengembalikan jubah tersebut para graduan adalah dikehendaki membawa dan menyerahkan salinan borang/resit penyewaan jubah kepada pegawai petugas di kaunter. 
tickGraduan adalah dibenarkan mengambil jubah konvokesyen bagi pihak graduan yang lain tetapi bilangannya dihadkan tidak melebihi 1 orang graduan sahaja dengan syarat semua bayaran dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan oleh graduan yang berkenaan.
tickGraduan juga diingatkan supaya mengisi Borang Semakan Proses Pengambilan Jubah Konvokesyen yang disertakan dan diserahkan semasa hari pengambilan jubah.

alert PERHATIAN!!!

  • Ketiadaan salah satu daripada set jubah konvokesyen seperti di perkara (1) bermakna pakaian konvokesyen adalah tidak lengkap dan graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan.
  • Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa.
  • Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jubah yang disewa. Oleh itu graduan dinasihatkan supaya membawa bersama jubah pada hari konvokesyen.