Demo

Cokmar KPTM & KUPTM

cokmar2012

COKMAR KPTM

gasing2012 

Rekabentuk

Rekabentuk cokmar ini diilhamkan dari rekabentuk Gasing yang merupakan salah satu permainan Melayu tradisional. Gasing memberi perlambangan kepada kestabilan yang terhasil dari ketepatan pembuatannya oleh tukang mahir, sepertimana juga KPTM membina modal insan yang kukuh hasil dari ketinggian profesionalisma warga kerjanya.
kudup2012 

Kudup Bunga Raya

Kudup Bunga Raya yang hendak berkembang melambangkan anak bangsa yang bakal mencorakkan negara dan menjadi agenda utama pihak kolej membentuk masa depan mereka.
permata2012 

Permata Delima

Permata Delima melambangkan kepimpinan, semangat juang yang tinggi serta kestabilan.
3ruas2012 

3 Ruas Pada Batang Kayu Cokmar

3 ruas pada batang kayu cokmar melambangkan budaya kerja kolej yang PROGRESIF, PROAKTIF DAN PROFESIONAL.
gelugor2012 

Buah Gelugor

Buah Gelugor yang ditempatkan di hujung Cokmar melambangkan keperitan dan kejayaan kolej dalam usaha membentuk generasi berwawasan yang bakal meneruskan kejayaan negara.


 cokmar kuptm

 COKMAR KUPTM

 

rekabentuk 

Rekabentuk

Rekabentuk cokmar ini diilhamkan dari rekabentuk Gasing yang merupakan salah satu permainan Melayu tradisional. Gasing memberi perlambangan kepada kestabilan yang terhasil dari ketepatan pembuatannya oleh tukang mahir, sepertimana juga KUPTM membina modal insan yang kukuh hasil dari ketinggian profesionalisma warga kerjanya.
kudup bunga raya 


Kudup Bunga Raya Serta Globe

3 Kudup Bunga Raya yang hendak berkembang serta globe melambangkan anak bangsa yang bakal menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan serta melahirkan modal insan global dan berintegriti.
permata delima 


Permata Delima

Permata Delima melambangkan kepimpinan, semangat juang yang tinggi serta kestabilan.
 buah gelugor


Buah Gelugor

Buah Gelugor yang ditempatkan di hujung Cokmar melambangkan keperitan dan kejayaan kolej dalam usaha membentuk generasi berwawasan yang bakal meneruskan kejayaan negara.

3 ruas 


3 Ruas Pada Batang Kayu Cokmar

3 ruas pada batang kayu cokmar melambangkan Berilmu, Berdisplin dan Berintegriti.

5 keris


5 Bilah Keris

Lima bilah keris menunjukan lambang raja-raja melayu serta memegang teguh lima prinsip Rukun Negara.