Demo

Tracer Study

1 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TRACER STUDY)

Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) merupakan kaji selidik kebolehpasaran graduan yang dijalankan oleh Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(KPT). Objektif utama kaji selidik ini dilaksanakan adalah untuk meninjau kadar kebolehpasaran graduan serta bertujuan mengumpul data dan menyediakan maklumat berasaskan fakta mengenai pelbagai aspek berkaitan pekerjaan graduan baru dan pengalaman mereka semasa di IPT. Di samping itu, kajian ini mencakupi aspek lain yang berkaitan seperti meninjau cara graduan mendapatkan pekerjaan, kekerapan bertukar kerja, tahap kepuasan terhadap pekerjaan sekarang dan maklumat berkaitan pengajian lanjutan termasuk menjadi usahawan.



Graduan DIWAJIBKAN menjawab dua (2) tahap Kaji Selidik Tracer Study iaitu;

1.1 Tracer Study KPTM / KUPTM
Semua graduan WAJIB mengisi serta menjawab kesemua soalan kajian pengesanan ini secara online dengan graduan melayari laman web berikut :

http://graduan.kptm.edu.my/

Sila ikuti langkah berikut :

1. Masukkan no. kad pengenalan anda dan no. pengesahan seperti yang dipaparkan pada skrin.
2. Teliti arahan yang diberikan dan sila jawab semua soalan yang disediakan.
3. Setelah selesai menjawab soalan, pastikan anda memuatnaik gambar mengikut kriteria seperti yang telah ditetapkan sebelum membuat pengesahan kehadiran.
4. Sila cetak slip tersebut dengan menekan butang cetak dan serahkan salinan slip berkenaan semasa sesi pengambilan jubah masing-masing.

1.2 Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT)
Semua graduan WAJIB menjawab kesemua soalan kajian pengesanan graduan secara online dengan melayari portal berikut 

http://graduan.mohe.gov.my/v

Tarikh mengakses laman sesawang Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) akan dibuka mulai 18 September 2017. Bagi graduan Program Ijazah dan Profesional, tarikh akses akan dibuka secara berperingkat. Anda dinasihatkan mengakses laman sesawang ini dari  semasa ke semasa sehingga menjelang Majlis Konvokesyen.

Sila ikuti langkah-langkah berikut ;

1. Sila pilih menu log masuk graduan. Masukkan No.Kad Pengenalan anda untuk daftar masuk (log in).
2. Bagi graduan program Diploma Dalaman KPTM / KUPTM termasuk program Ijazah kerjasama dengan Coventry University / program profesional, sila klik Institusi Pengajian Tinggi Swasta di ruangan institusi dan seterusnya pilih Kolej Poly-Tech MARA di ruangan nama institusi pengajian.
3. Bagi graduan program usahasama UiTM, sila klik Universiti Awam di ruangan institusi seterusnya pilih Universiti Teknologi MARA di ruangan nama institusi pengajian. Sekiranya anda masih gagal untuk log in, sila log in semula dan klik Institusi Pengajian Tinggi Swasta di ruangan institusi dan seterusnya pilih Kolej Poly-Tech MARA di ruangan nama institusi pengajian.
4. Pastikan anda menjawab semua soalan yang disediakan. Setelah selesai, sila cetak slip tersebut.
5. Serahkan salinan slip cetakan tersebut semasa sesi pengambilan jubah masing-masing.

2 SERAHAN SLIP KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

2.1 Bagi graduan yang MENGHADIRI konvokesyen, anda diberikan pilihan untuk mengambil jubah seperti butiran berikut :

Perkara Tarikh Tempat
Opsyen 1                                24-25 Oktober 2017                   
KUPTM Kuala Lumpur
Opsyen 2 27 Oktober 2017 PICC, Putrajaya

Semasa sesi pengambilan jubah tersebut, pastikan anda menyerahkan kedua-dua salinan slip berikut iaitu:

(i) Slip kajian pengesanan graduan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)/ Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), dan
(ii) Slip kajian pengesanan graduan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT)

Kegagalan graduan mengemukakan slip ini menyebabkan anda tidak dibenarkan mengambil jubah serta tidak dibenarkan menyertai Konvokesyen.

2.2 Bagi graduan yang TIDAK MENGHADIRI konvokesyen, anda DIWAJIBKAN menghantar kedua-dua slip tersebut sama ada melalui emel/faks seperti butiran tersebut :

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Faks : 03-92837173

Jika terdapat sebarang pertanyaan/kemusykilan, sila hubungi kakitangan berikut :

Bil Nama Kakitangan No.Telefon Emel
1.          Pn. Renny Fadzlina binti Mohamad Redzuan              03-91795666/670                    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2. En. Syafful Anuar bin Abdul
03-91795712/667 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.