Demo

Jubah Konvokesyen

Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi :

  • Jubah konvokesyen berwarna hitam
  • Topi (Mortar Board) *Graduan peringkat Ijazah dan Profesional (ACCA dan ICSA) sahaja
  • Hood

Pengambilan jubah konvokesyen akan dijalankan selama 3 hari iaitu :

24 & 25 Oktober 2017 (Selasa & Rabu) - 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Perkarangan KUPTM Kuala Lumpur (untuk pelajar yang tinggal di Lembah Klang dan Selangor)
27 Oktober 2017 (Jumaat) - 9.00 pagi hingga 1.00 petang di PICC

Slip bank-in bayaran sebanyak RM260.00 hendaklah dibawa semasa hari pengambilan jubah dan juga semasa raptai.

Selain itu, semua bakal graduan juga diminta untuk mengisi dan melengkapkan satu (1) borang/resit penyewaan jubah dan menyerahkan borang/resit tersebut pada hari yang sama. Setiap graduan adalah dinasihatkan supaya menyimpan dan menjaga dengan baik salinan borang/resit tersebut sebagai tanda bukti penyewaan jubah.

Jubah hendaklah dikembalikan di Kaunter Jubah iaitu di PICC, sebaik sahaja graduan selesai upacara konvokesyen. Kaunter ini akan dibuka mulai jam 1.00 petang hingga jam 6.00 petang.  Semasa mengembalikan jubah tersebut, para graduan adalah dikehendaki membawa dan menyerahkan salinan borang/resit penyewaan jubah kepada pegawai petugas di kaunter.

Graduan juga diingatkan supaya mengisi Borang Semakan Proses Pengambilan Jubah Konvokesyen yang disertakan dan diserahkan pada hari pengambilan jubah

PERHATIAN

• Ketiadaan salah satu dari set jubah konvokesyen seperti perkara (1) di atas bermakna pakaian konvokesyen tidak lengkap dan graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan.
• Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa.
• Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jubah yang disewa. Oleh itu graduan dinasihatkan supaya membawa bersama jubah pada hari konvokesyen.