Demo

Yuran Konvokesyen

Bagi menjayakan majlis ini, pihak KPTM telah menetapkan kadar bayaran Pakej Graduasi yang perlu dijelaskan seperti jadual di bawah:
BAYARAN MELALUI BANK (RM260.00)
 

Sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen, graduan perlu membuat bayaran berjumlah RM260.00 di kaunter tunai Bank Simpanan Nasional (GIRO) dengan menggunakan borang Deposit/Bayaran/Tuntutan ke akaun :


KOLEJ POLY-TECH MARA SDN BHD-IBUPEJABAT
No Akaun : 1410041000204507


(slip bank - in hendaklah dibawa semasa raptai).

(Bagi mengelakkan sebarang masalah dalam mengenalpasti bayaran, kaedah bayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM) atau secara online adalah TIDAK DIBENARKAN).  

Bayaran ini diperlukan untuk  :-

  1. Pakej Graduasi konvokesyen
  2. Penyewaan jubah 
  3. Set gambar atas pentas 
 

Hanya graduan yang telah menjelaskan yuran (Yuran Pengajian dan Yuran Majlis Konvokesyen) akan dibenarkan menghadiri majlis konvokesyen ini. Semua yuran tertunggak hendaklah dijelaskan di kolej masing-masing. 

Sila buat semakan tentang status hutang melalui laman web alamat berikut:-

http://graduan.kptm.edu.my/ 

 

Klik dibawah untuk cara bayaran di BSN :

Borang Deposit/Bayaran/Tuntutan