Demo

Panduan Ibu Bapa/Tetamu

Pas Masuk Tetamu Ke Majlis Konvokesyen

1.     Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah. Setiap graduan akan menerima satu pas masuk.  Untuk pas masuk pelajar dibenarkan membawa dua (2) orang tetamu sahaja. Pas yang hilang tidak akan diganti. Pas masuk hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri majlis konvokesyen dan disimpan oleh ibu bapa graduan untuk digunakan ketika memasuki dewan. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Graduan dan tetamu juga dilarang mengambil gambar semasa majlis berlangsung.  

Tempat Letak Kenderaan Graduan & Ibu bapa/Tetamu Graduan

1.     Sila patuhi arahan keselamatan daripada pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas bagi melicinkan urusan letak kereta graduan/tetamu graduan.

Pakaian Ibu bapa/Tetamu Graduan

1.     Pakaian Tetamu Lelaki

Pakaian rasmi/batik/kebangsaan, lengkap dan sopan.
ATAU
Lounge Suit” lengkap bertali leher.

SELUAR JEANS DAN KEMEJA-T TANPA KOLAR TIDAK DIBENARKAN


2.     Pakaian Tetamu Perempuan

Pakaian rasmi, pakaian pejabat atau kebangsaan yang lengkap dan sopan.

PAKAIAN “GAUN” ATAU “SKIRT”, “BLOUSE” TANPA LENGAN, KEMEJA-T DAN SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN

 

NOTA PENTING:

IBU BAPA/TETAMU GRADUAN ADALAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI PANDUAN BERPAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MELANCARKAN URUSAN MASUK KE DEWAN KONVOKESYEN

Makanan/minuman Ibu bapa/Tetamu Graduan

Pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TIDAK menyediakan jamuan makan/minum untuk para graduan dan ibu bapa/tetamu.
Walau bagaimanapun, pihak Putrajaya International Convention Centre (PICC) ada menyediakan kemudahan kafeteria/kantin untuk para graduan dan ibu bapa/tetamu.