Laman Web Rasmi Majlis Konvokesyen Ke-29

You are here Kriteria Penerima Anugerah
 

SALAM SEJAHTERA,

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA KOLEJ POLY-TECH MARA TELAH MENGUBAH PERATURAN PEMAKAIAN GRADUAN PADA HARI KONVOKESYEN 13-14 OKTOBER 2012 IAITU PELAJAR BUKAN MUSLIM TIDAK DIWAJIBKAN MEMAKAI TUDUNG BAGI GRADUAN PEREMPUAN DAN SONGKOK BAGI GRADUAN LELAKI. KPTM MEMOHON MAAF ATAS ARAHAN PELAKSANAAN PEMAKAIAN GRADUAN YANG TELAH DIMAKLUMKAN SEBELUM INI.

----------------------------

Makluman kepada graduan yang masih menyambung pelajaran di KPTM,

Pengangkutan ke PICC disediakan pada 12 Oktober 2012 (Hari Raptai), sila beri nama kepada pihak Urusetia Konvo selewat-lewatnya 10hb Oktober 2012 (Rabu) bagi tujuan penyediaan pengangkutan.

Bas disediakan pada pukulĀ 11.45 pagi 12 Oktober 2012

Kriteria Penerima Anugerah Cemerlang

E-mail Print PDF

Anugerah Pingat Emas adalah anugerah tertinggi yang diberikan kepada pelajar berdasarkan pencapaian terbaik akademik serta aktif dalam bidang ko-kurikulum dan hendaklah dari kumpulan penerima Anugerah Perak dalam Majlis Graduasi yang sama.

 

Anugerah Pingat Perak diberikan kepada graduan terbaik akademik bagi setiap program. Bagi memperoleh anugerah ini, graduan perlu mendapat himpunan purata nilai gred (HPNG) sekurang-kurangnya 3.5 atau purata markah 70%.

 

Anugerah Khas Presiden diberikan kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh pengajian yang ditetapkan dengan mengekalkan himpunan purata nilai gred (HPNG) sekurang-kurangya 3.5 atau purata markah 70% bagi setiap semester.

 

Hadiah Khas Ko-Kurikulum diberikan kepada graduan yang telah mempamerkan pencapaian yang cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum sepanjang mengikuti pengajian di Kolej Poly-Tech MARA.

Galeri Gambar

  • Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA
  • Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA
  • Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA
  • Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA
  • Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA
  • Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA
  • Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA
  • Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA

Kaunter Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday18
mod_vvisit_counterYesterday22
mod_vvisit_counterThis week94
mod_vvisit_counterLast week214
mod_vvisit_counterThis month542
mod_vvisit_counterLast month910
mod_vvisit_counterAll days40034

Copyright ©2012. 29th Kolej Poly-Tech MARA Convocation.
Best View in Internet Explorer 8 (1024 X 768)